FILEM aksi dan penuh mendebarkan, The Fate of the Furious sekali lagi mendominasi carta box office dengan jumlah kutipan sebanyak AS$38 juta.
Pada dasarnya, kutipan yang dikumpulkan pada minggu ini menurun sebanyak 62 peratus berbanding pada minggu lalu apabila filem keluaran Universal tersebut berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$98.8 juta dan ia seolah-olah mengulangi kembali perkara yang terjadi terhadap tayangan Furios 7 yang turut menghadapi penurunan kutipan sebanyak 58 peratus pada minggu kedua ia ditayangkan.
Manakala bagi pasaran antarabangsa pula filem tersebut telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$433 juta.
The Boss Baby, sebuah filem animasi komedi keluaran Fox pula menduduki tangga kedua dengan jumlah kutipan sebanyak AS$12.7 juta setelah ditayangkan di 3,697 pawagam. Setakat ini filem yang turut diterbitkan oleh DreamWorks Animation itu telah berjaya mengumpulkan kutipan secara keseluruhan menjadi AS$123 juta setelah empat minggu ditayangkan di pawagam.
Sementara Beauty and the Beast keluaran Disney pula menduduki tangga ketiga dengan jumlah kutipan sebanyak AS$9.9 juta setelah ditayangkan di 3,315 buah pawagam.





Secara purata, Beauty and the Beast telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$461 juta sekaligus berjaya mengatasi kutipan yang telah berjaya diperoleh daripada tayangan filem Star Wars yang ditayangkan pada tahun 1977 sekaligus menyenaraikannya sebagai 10 buah filem yang berjaya mendapatkan kutipan tertinggi sepanjang masa.
Manakala Born in China, sebuah filem dokumentari dari Disney yang baru ditayangkan pada minggu ini pula telah menunjukkan prestasi yang mengejutkan setelah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$5 juta setelah ditayangkan di 1,506 pawagam.
Filem yang diceritakan oleh John Krasinski itu menumpukan kepada aspek keindahan alam sekitar dan hidupan liar termasuk rakaman mengenai beberapa spesies binatang terancam termasuk harimau bintang kutub dan juga panda gergasi.
Berada di tangga kelima adalah Going in Style yang berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$5 juta. Filem lakonan Morgan Freeman, Alan Arkin dan Michael Caine itu setakat ini telah berjaya mengumpulkan kutipan sehingga AS$31.8 juta.
Unforgettable sebuah filem baru keluaran Warner Bros yang membariskan Katherine Heigl sebagai pelakon utama pula gagal untuk meraih perhatian daripada para penonton apabila hanya berjaya meraih kutipan sebanyak AS$4.8 juta setelah ditayangkan di 2,417 pawagam.
Filem yang menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$12 juta itu diarahkan oleh Denise Di Novi yang cuba untuk membalas dendam terhadap tindakan yang pernah dilakukan oleh bekas suaminya.
Selain itu, The Promise juga merupakan salah sebuah filem baru yang ditayangkan pada minggu ini yang diterbitkan oleh Open Road dengan kos perbelanjaan sebanyak AS$90 juta.
Bagaimanapun ternyata kutipan yang diperolehi hasil tayangan daripada filem yang memperuntukkan bajet tinggi itu jelas jauh meleset berbanding kadar kos yang telah dilaburkan di mana ia hanya berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$4 juta.
Secara purata, kutipan yang berjaya dikumpulkan oleh filem ini sehingga bulan April telah meningkat sebanyak 5.1 peratus iaitu mencecah sehingga 3.47 bilion.
Kutipan tersebut dipercayai terkumpul berikutan daripada hasil tayangan beberapa buah filem hebat seperti Beauty and the Beast, The Boss Baby, Fate of the Furious, Logan, Spiit dan Get Out.
“Suasana di pawagam dijangka akan terus panas menjelang tayangan filem Guardians of the Galaxy Vol.2 dalam masa terdekat ini,” jelas Penganaisis Media Kanan di comScore, Paul Dergarabedian.
Carta Box Office | |||
1
2 3 4 5 6 7 8 9 10 |
(*)
(*) (*) (N) (*) (4) (N) (6) (N) (29) |
The Fate of the Furious
The Boss Baby Beauty and the Beast Born in China Going in Style Smurfs: The Lost Village Unforgettable Gifted The Promise The Lost City of Z |
AS$38 juta
AS$12.7 juta AS$9 juta AS$5.1 juta AS$5 juta AS$4.9 juta AS$4.8 juta AS$4.5 juta AS$4 juta AS$2.1 juta |
(N) – Indikasi filem baru dalam carta.
(*) – Indikasi kedudukan filem dalam carta tidak berubah. |