Fattah Amin ambil langkah berjaga-jaga

Terpaksa kembali ke set penggambaran, pelakon Fattah Amin mengakui agak bimbang risiko dijangkiti COVID-19 terutama ketika isterinya Nur Fazura sedang hamil anak pertama mereka.

Fattah Amin berkata, dia sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi keselamatan isterinya.

“Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, Insya Allah semuanya selamat.

“Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.

“Apa-apa pun kena pandai jaga diri. Insya Allah tak ada apa-apa. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah,” kata Fattah kepada mstar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika sesi Borak Pink Smile bersama pelakon gandingannya, Sweet Qismina dan pengarah drama tersebut iaitu Ayie Mustapa baru-baru ini.

Isterinya yang juga aktres Fazura kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka dan dijangka akan bersalin pada Oktober depan.

Berkongsi mengenai drama terbaharu lakonannya berjudul Pink Smile, Fattah memberitahu tiada babak yang terlalu mencabar kerana jalan cerita yang ringan dan mudah untuk difahami.

“Alhamdulillah, saya tak ada masalah pun nak membawa watak sebagai Areeq dalam drama itu sebab karekter lebih kurang sama dengan drama saya sebelum ini. – Agensi

Fattah Amin mendedahkan bahawa dia sentiasa ikut SOP semasa di set penggambaran kerana risau keselamatan isteri dan anak dalam kandungan. – Agensi