Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Fattah Amin cabar diri bawa watak antagonis

    Enggan penonton bosan dengan watak sama dilakonkan sebelum ini, pelakon Fattah Amin memberanikan diri membawa karakter berbeza dalam drama terbaharu berjudul Khilaf Asmara.

    Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan kali pertama dia menerima cabaran membawakan watak antagonis selepas 10 tahun bergelar anak seni.

    “Sejak awal berlakon saya sering diberi watak lelaki yang baik dan mempersonakan.

    “Saya takut nanti peminat bosan dan anggap saya sebagai seorang pelakon stereotaip.

    “Membawa watak antagonis dalam drama Khilaf Asmara, saya harap peminat boleh terima dan melihat keupayaan saya membawakan watak begitu,” katanya.

    Seiring kematangannya dalam bidang lakonan, Fattah memberitahu dia menolak melakonkan babak keterlaluan atau bersentuhan dengan pelakon wanita.

    Fattah Amin memberanikan diri membawa karakter berbeza dalam drama terbaharu berjudul Khilaf Asmara. – Agensi

    Kata Fattah, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengarah dan juga rakan pelakon sebelum memulakan penggambaran.

    “Saya memang tidak menyentuh pelakon wanita melainkan berlapik dan tidak akan melakonkan babak yang keterlaluan.

    “Jika ada yang kurang senang dengan babak lakonan saya dalam drama terbaharu ini, percayalah ia hanya teknik kamera.

    “Saya akan berbincang dahulu dengan pengarah sebelum menjayakan babak-babak tertentu,” jelasnya.

    Dalam pada itu, suami kepada pelakon Nur Fazura ini turut berkongsi tentang perancangan melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat.

    Lagu berkonsep ketuhanan yang belum diberi tajuk ini dicipta oleh Wan Saleh dan liriknya ditulis oleh Ikhwan Fatana.

    “Lagu ini sebagai tanda saya meluahkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa.

    “Bukan hanya meluahkan rasa berterima kasih dengan rezeki kurniaan Allah SWT, malah saya harap menerusi lagu ini dapat berkongsi lebih banyak manfaat dengan ramai orang,” ujarnya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...