Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin dinobat Bintang Paling Popular

    PUTRAJAYA – Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr Pilot dan rentetan cerita sensasi membabitkan dua pelakon utamanya membawa tuah kepada Fattah Amin apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

    Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dengan 82,635 undi, Fattah menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Janna Nick, selain menghampakan Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.

    Kemenangan itu melayakkan Fattah, 26, membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    Selain dua trofi berkenaan, Fattah juga diumumkan pemenang dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

    Bintang Paling Popular,Fattah Amin bersama peminat pada kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0).
    Bintang Paling Popular,Fattah Amin bersama peminat pada kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0).
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda