Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah curang adalah tuduhan berat – Pekin

    Tampil mempertahankan sahabatnya, pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dakwaan aktor Fattah Amin berlaku curang adalah satu tuduhan berat.

    Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran bersama, Pekin atau Mohd Iznan Ibrahim, 43, berkata Fattah sama sekali tiada bercakap mengenai hal wanita lain sebaliknya sentiasa merindui isteri dan anak.

    “Kami luang masa bersama di set penggambaran untuk sebuah filem, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajah mahupun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut Fattah.

    “Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain, kami menjalani penggambaran lama bersama pelakon dari Indonesia, tidak sekali pun saya nampak Fattah menggatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan, sebagai kawan saya rasa tuduhan itu berat buat dia,” katanya.

    Pekin meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran dia akaun Facebook miliknya kelmarin. Dalam pada itu, Pekin berkata buat masa sekarang perkara terbaik adalah meminta Fattah, 34, kuat hadapi ujian hidup.

    Malah aktor itu berharap perkara sebegitu dijauhkan daripada berbalik kepada rumah tangganya.

    “Hanya apa yang mampu kita semua minta supaya Fattah tabah dan kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni. Minta jauh hal-hal macam ni. Tapi saya team Fattah,” ujarnya.

    Sebelum ini, pelakon Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah. Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

    Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kelmarin. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    Pekin anggap dakwaan Fattah berlaku curang pada Fazura adalah tuduhan berat. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda