Friday, September 27, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah kirim bunga, kad ucapan hari jadi buat Fazura

    Walaupun sedang diuji dengan masalah rumah tangga, pelakon Fattah Amin tidak melupakan hari jadi isteri iaitu Nur Fazura yang ke 41 tahun pada Jumaat.

    Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menghadiahkan jambangan bunga berserta kad ucapan dengan menitipkan doa agar kehidupan isteri tersayang sentiasa diredai dan diberkati Allah SWT.

    “Mommy (panggilan Fazura), Selamat hari lahir Mommy, Daddy (Panggilan Fattah) doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa gembira. Malah Dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” katanya.

    Fazura turut berkongsi gambar jambangan bunga dan kad ucapan daripada Fattah menerusi Instastory miliknya pagi tadi. Malah aktres itu turut mengucapkan terima kasih kepada Fattah atas hadiah diberikan kepadanya.

    “Terima kasih Daddy Fatima,” katanya ringkas.

    Tidak terhenti di situ, Fazura turut bekongsi video menunjukkan kek hari jadi kiriman keluarganya. Apa menarik perhatian, kek berkenaan dihiasi dengan dua patung mirip Fazura dan anaknya Fatima.

    Pada Rabu lalu, Fazura dan Fattah mencuri perhatian apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes penceraian mereka. Bagaimanapun kes itu disambung pada 7 Oktober depan.

    Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

    Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. – Agensi

    Fattah kirim satu jambangan bunga dan kad ucapan sempena hari lahir Fazura. – mStar
    Kek hari lahir kiriman keluarga Fazura. – mStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda