Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Fattah risau penerbit letak harapan tinggi

    Aktor kacak, Fattah Amin bimbang penerbit filem menyandarkan harapan susulan kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatat kutipan hampir RM100 juta.

    Situasi itu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin agak gelisah kerana penerbit pasti meletakkan harapan tinggi selepas kejayaan filem epik itu.

    “Saya bersyukur kejayaan filem Mat Kilau, tetapi sedikit sebanyak perasaan saya tertekan.

    “Sudah tentu penerbit mahukan filem meraih kejayaan sama atau paling tidak hampir sama dengan filem Mat Kilau. Namun, kejayaan sesebuah filem di luar kawalan saya.

    “Kejayaan sesebuah filem terletak pada peranan semua yang terbabit, bukannya satu individu sahaja. Namun, ini juga berbalik kepada rezeki kerana soal kejayaan sukar dijangka,” katanya kepada wartawan.

    Fattah bersyukur kejayaan filem Mat Kilau, tetapi sedikit sebanyak perasaannya tertekan. – Agensi

    Fattah ditemui pada majlis tayangan filem terbaharu, Deleted: Akan Ku Jejaki arahan Ken Ng Huang Laifa.

    Bergelar pegawai polis dalam filem produksi dari Singapura, Fattah berkata, dia menerima tawaran kerana tertarik dengan mesej yang diketengahkan mengenai penculikan kanak-kanak dan pemerdagangan manusia.

    Bintang paling popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2017 berkata, penggambaran dilakukan pada 2019, namun, tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu berlaku kepada anak, keluarga dan adik-beradiknya.

    “Saya tertarik dengan mesej yang disampaikan dalam filem ini. Kisah ditampilkan agak berbeza,” katanya.

    Fattah berkata, dia kini lebih selektif memilih watak agar terus relevan selepas hampir sedekad menceburi dunia lakonan.

    Katanya, dia bukan bersikap demanding, sebaliknya tidak mahu tampil karakter sama dalam setiap naskhah.

    “Bagi saya, kita perlu bersikap selektif dalam membuat pemilihan watak. Saya cuba elak bawa watak lebih kurang sama kerana tak mahu penonton bosan.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...