WASHINGTON, 29 NOV – Saintis kanan, Anthony Fauci berkata hari ini Amerika Syarikat dalam ‘kewaspadaan tinggi’ bagi varian baharu COVID-19 dan menggesa orang ramai mendapatkan vaksin selepas Kanada mengesahkan kes pertama strain baharu itu.
“Tidak ada kes Omicron disahkan namun jelasnya kami dalam kewaspadaan tinggi,” kata Fauci dalam rancangan televisyen ‘Good Morning America’, siaran ABC.
Fauci juga menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin koronavirus atau penggalak dengan segera, daripada menunggu syarikat farmaseutikal untuk menghasilkan dos khas untuk varian Omicron.
“Varian seperti ini, walaupun tidak banyak yang kita ketahui mengenainya, salah satu perkara yang kita tahu adalah orang belum bervaksin lebih teruk kesannya daripada orang yang sudah bervaksin,” katanya. – AFP