Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Fauci: Tiada penyelesaian sempurna terhadap perlindungan COVID-19

    SINGAPURA, 21 FEB – Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci berkata tiada penyelesaian sempurna untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19, memandangkan keadaan yang semakin memenatkan kerana perlu berdepan pandemik itu saban hari, lapor Xinhua.

    Menurut laporan disiarkan akhbar berbahasa Cina Singapura, Lianhe Zaobao baru-baru ini, Fauci berkata negeri-negeri AS berdepan pilihan sukar untuk mengimbangi keperluan melindungi rakyat dan kepenatan berdepan wabak yang telah memasuki tahun ketiga.

    “Tiada penyelesaian sempurna untuk ini,” kata anggota Pasukan Tindak Balas COVID-19 Rumah Putih dalam temu bual dengan Reuters.

    Kenyataan itu dibuat berikutan pegawai kesihatan AS kini merangka panduan COVID-19 baharu berhubung pelbagai aspek tindak balas virus berikutan kes Omicron menunjukkan trend penurunan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...