Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Fazley tegur warganet henti cari kesilapan

    Apalah nasib bila bergelar seorang selebriti yang sering menjadi tumpuan warganet untuk mencari kesilapan. Itulah yang terjadi kepada penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob yang menerima komen sinis dari pengikutnya.

    Perkara ini didedahkan oleh Fazley menerusi perkongsian di Instagram dengan memperlihatkan ‘screenshot’ komen yang tidak beradab. Individu ini tanpa segan silu menegur isteri Fazley yang lebih mesra dipanggil ‘Adik Sayang’ tidak sesuai memakai tindik di hidung.

    Tidak berdiam diri, Fazley membalas komen sinis itu dan menegur individu tersebut supaya tidak menyibuk hal orang lain.

    “Suka hati dia lah, kau apa hal? Bini aku kot?, dah pergi jauh-jauh, jangan sibuk hal orang dekat sini,” balasnya.

    Sementara itu, di ruangan kapsyen, Fazley meluahkan rasa kurang senangnya terhadap golongan-golongan sedemikian yang gemar mencari kesilapan orang lain terutamanya selebriti.

    Fazley meluahkan rasa kurang senangnya terhadap golongan-golongan yang gemar mencari kesilapan orang lain terutamanya selebriti. – Agensi

    “Kadang-kadang tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberi komen sinis sebegini. Dont worry, saya tetap maafkan. Cuma, kali ni saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pulak. Nak tengok apa reaksi empunya diri.

    “Selalunya saya delete dan block terus. Tapi kali ni saya bagi peluang orang lain baca juga.

    “Bukan saya sahaja, tapi ramai di kalangan rakan-rakan selebriti yang terkena komen-komen, pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak Islam ke, Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstick haram, dan ada juga saya ternampak komen, awak gemuk sangat dah sekarang?!

    “Hahaha, hebat betul orang yang komen ni. Seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan,” jelasnya.

    Fazley juga menyarankan rakan-rakan selebriti yang turut mendapat nasib yang sama supaya hapus dan sekat komen sebegini. Fazley beranggapan golongan ini sebenarnya dahagakan kasih sayang dan memerlukan perhatian.

    “Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block.. tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus. Supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan,” tulisnya di Instagram. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...