Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Faztival Fazura undang artis dalam, luar negara

Memulakan kerjaya sebagai pelakon sebelum masuk ke bidang nyanyian dan usahawan, selebriti terkenal, Nur Fazura akan melakar sejarah dalam kerjaya seni apabila kini bergelar penganjur konsert.

Menerusi satu pengumuman, Nur Fazura Sharifuddin memaklumkan acara konsert yang diberi nama Faztival Fazura 2022 akan diadakan pada 11 September depan.

Memperincikan perkara itu, Nur Fazura berkata, selain memasang niat meraikan peminat, stokis dan ejen rasmi produk keluaran Fazura yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam jualan, konsert itu juga dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-39 pada 27 September depan.

Lebih menarik, konsert yang akan menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil itu bukan sahaja menghimpunkan nama besar dari dalam dan luar negara, tetapi juga dalam kalangan penyanyi kegemaran pelakon filem Dendam Pontianak itu.

Mereka adalah Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Turut membuat penampilan khas adalah Ahmad Band dari Indonesia serta maestro muzik, Ahmad Dhani bersama isterinya, Mulan Jameela.

“Mulanya terbit juga kebimbangan jika penyanyi yang diingini tidak dapat memenuhi undangan. Rasa teruja apabila M Nasir setuju untuk menjayakan konsert ini,” kata Fazura.

Memahami beban terpaksa ditanggung rakyat, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini memberi jaminan harga tiket yang dijual untuk menyaksikan konsert mampu milik. – Agensi

Fastival Fazura akan berlangsung pada September bagi meraikan ulang tahun Fazura ke-39 tahun. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -