Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura lebih tenang, bahagia selepas cerai

    Selepas sah bercerai dengan Fattah Amin, pelakon Fazura mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia.

    Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata dia hanya sekadar berkongsi situasi sedang dilalui dan bersyukur mampu berdepan segala ujian itu dengan baik.

    “Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riyak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang,” ujarnya.

    Fazura berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor selepas selesai urusan hak hadanah hari ini.

    Dalam pada itu, aktres ini berkata dia tidak ambil pusing sebarang kecaman yang dilontarkan kepadanya lebih-lebih lagi menerusi media sosial berikutan penceraiannya.

    “Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepada Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah,” ujarnya.

    “Rancangan saya selepas ini hanya mahu menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan sah bercerai pada 7 Oktober lepas.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

    Fazura bersyukur atas ketenangan yang diperoleh selepas penceraian. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda