FB gesa kerajaan aktif kawal Internet

WASHINGTON, 31 Mac – Ketua facebook Mark Zuckerberg semalam menyeru kerajaan supaya memainkan peranan lebih aktif dalam mengawal Internet, menggesa lebih banyak negara menerima peraturan Eropah untuk melindungi privasi pengguna.

Facebook dan syarikat gergasi Internet lain telah lama menentang campur tangan kerajaan, namun rangkaian sosial terkemuka itu telah mengubah haluan di tengah gesaan yang meningkat untuk pelaksanaan peraturan, dalam usaha untuk membantu memimpin perdebatan.

“Saya percaya kami memerlukan peranan lebih aktif untuk kerajaan dan pengatur selia,” tulis Zuckerberg dalam editorial yang disiarkan dalam akhbar The Washington Post.

“Dengan mengemaskini peraturan untuk Internet, kami boleh memelihara apa yang terbaik mengenainya, kebebasan untuk orang meluahkan pendapat mereka untuk usahawan membina perkara baharu, sementara turut melindungi masyarakat daripada risiko lebih meluas,” katanya.

Zuckerberg berkata peraturan baharu diperlukan dalam empat bidang: isi kandungan berbahaya, perlindungan pilihan raya, privasi dan kemudahalihan data.

Facebook telah menerima kritikan, daripada ucapan benci menggunakan platform berkenaan dan penstriman serangan baru-baru ini ke atas masjid di New Zealand, kepada penggunaannya dalam usaha asing kepada campur tangan dalam pilihan raya dan kebimbangan berhubung koleksi data pengguna peribadi.

Mengatasi perlindungan privasi pengguna, Zuckerberg berkata beliau akan menyokong lebih banyak negara dalam melaksana peraturan sejajar dengan Peraturan Perlindungan Data Am Kesatuan Eropah, yang memberikan pengatur selia kuasa mutlak untuk mengenakan sekatan ke atas perubuhan, yang gagal mematuhi standard keselamatan apabila memproses data peribadi.

“Saya percaya adalah bagus untuk Internet sekiranya lebih banyak negara melaksanakan peraturan seperti GDPR sebagai satu rangka kerja umum,” tulis Zuckerberg, juga menggesa peraturan dilaksanakan untuk menjamin kemudahalihan data di antara perkhidmatan.

Mengenai isu kandungan yang berbahaya, Zuckerberg berkata beliau bersetuju dengan penggubal undang-undang yang telah berkata “kami mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas ucapan,” berkata ‘badan parti ketiga’ boleh menetap standard mengenai pengedaran bahan berbahaya dan ‘mengukur syarikat berdasarkan standard berkenaan’. – AFP

Gambar fail pada 11 April 2018 menunjukkan Zuckerberg ketika memberikan keterangan di Washington berhubung dengan data Facebook. Zuckerberg menyeru kerajaan supaya memainkan peranan lebih aktif dalam mengawal Internet, menggesa lebih banyak negara supaya menerima peraturan Eropah untuk melindungi privasi pengguna. – AP