Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    FB: Pengharaman iklan mata wang kripto akan ditarik balik

    WASHINGTON, 27 Jun – Facebook berkata semalam ia akan membatalkan satu pengharaman ke atas iklan untuk mata wang kripto sementara mengekalkan satu pengharaman ke atas tawaran duit syiling awal untuk mengumpul aset.

    Tindakan itu diambil lima bulan selepas rangkaian sosial terkenal berkata ia akan mengharamkan kesemua iklan yang berkaitan dengan mata wang kripto seperti bitcoin sebagai satu cara untuk mengawal komplot.

    Untuk menyiarkan iklan di Facebook untuk mata wang kripto, syarikat perlu diluluskan terlebih dahulu dan memberikan bukti bahawa mereka mempunyai lesen atau diniagakan di tempat pertukaran awam, kata syarikat.

    “Berdasarkan sekatan berkenaan, bukan semua orang yang mahu membuat iklan boleh berbuat demikian,” kata pengarah pengurusan produk Facebook Rob Leathern dalam satu kenyataan.

    “Namun kami akan mendengar kepada maklum balas, lihat pada betapa berkesannya dasar ini dan terus mengkaji teknologi ini supaya, jika perlu, kami boleh mengubahnya.

    Facebook dan platform Internet lain mulai bertindak keras ke atas iklan untuk perniagaan berkaitan kripto di tengah kebimbangan mengenai penipuan dalam sektor yang tidak terkawal itu di mana mata wang boleh melihat keuntungan besar.

    Penipuan lazim berlaku di dunia mata wang digital yang popular seperti bitcoin.

    Pada awal tahun ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran AS menutup tawaran duit syiling oleh sebuah syarikat Texas bernama AriseBank. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda