Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    FBBA rai 23 tahun kehadiran di Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Persatuan Perniagaan Perancis Brunei (FBBA) hari ini telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pertemuan Tahunan ke-21 di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni di ibu negara.

    Majlis makan malam yang membawa tema A Whole New World tersebut bertujuan bagi meraikan 23 tahun kehadiran dan sumbangan FBBA kepada Negara Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-fabre dan Presiden FBBA, Jerome Saniez.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam ucapannya antara lain menjelaskan bahawa selaku rakan strategik serta penghubung utama antara sektor swasta Perancis dan Brunei, FBBA telah mencapai impak yang ketara, terutamanya kepada komuniti tempatan.

    Beliau melahirkan perasaan bangga apabila melihat kesungguhan FBBA serta masyarakat Perancis dalam membantu masyarakat di negara ini terutama sekali para belia dan kumpulan yang tertentu.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderamata daripada TYT Bernard Regnauld-fabre dan Jerome Saniez kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.

    Majlis dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan Perancis sambil para tetamu dihidangkan pelbagai jenis hidangan makan malam.

    Antara jemputan yang hadir semasa acara berkenaan ialah ahli-ahli FBBA, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan wakil daripada sektor swasta.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...