Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    FBI jadi pengajar bertauliah

    Aktif berkongsi kisah penghijrahan dalam majlis ilmu di masjid dan surau di Selangor sejak dua tahun lalu, penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail, 45, menerima tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi meneruskan aktiviti itu.

    Mulai 22 September lalu hingga 30 Jun 2025, Faizal yang lebih dikenali sebagai FBI, secara rasmi menjadi Pemegang Tauliah Mengajar JAIS daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, jabatan itu.

    Tauliah mengajar yang diluluskan JAIS membabitkan kategori D4 iaitu Motivasi – Pembangunan Insan.

    Tambah manis, Faizal menerima perkhabaran gembira itu ketika berada di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.

    “Alhamdulillah, syukur tidak terhingga. Selepas dua proses penilaian secara teori dan lisan, permohonan tauliah mengajar daripada JAIS, lulus.

    “Namun, ini bukanlah proses mudah kerana kedua-dua penilaian mempunyai cabaran tinggi tanpa sebarang prejudis.

    “Apapun, semuanya atas kehendak dan izin Allah SWT,” katanya kepada wartawan.

    Faizal berkata, dia mengemukakan permohonan tauliah mengajar selepas dinasihatkan sahabatnya.

    “Ketika fasa penghijrahan dua tahun lalu, saya selalu ikut mudir pondok tempat saya belajar, iaitu ustaz Yusri memberi ceramah, kuliah dan sebagainya di Selangor.

    “Apabila saya ikut Ustaz Yusri, ramai ajak saya buat perkongsian. Sesi ini memberi fokus kepada kisah penghijrahan saya yang mungkin boleh memberi manfaat kepada orang lain.

    “Namun, untuk saya penuhi jemputan, saya perlukan pengesahan JAIS. Masjid dan surau tidak boleh menjemput saya suka-suka.” – Agensi

    Faizal meluahkan rasa syukur kerana permohonan tauliah mengajar daripada JAIS telah diluluskan selepas menjalani dua proses penilaian secara teori dan lisan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...