FCA komited bangunkan kenderaan elektrik

MONTREAL, 16 OKT – Fiat Chrysler (FCA) terus komited dalam melakukan pelbagai pelaburan selama bertahuh-tahun dalam merealisasikan ken-deraan elektriknya di Kanada dan untuk menjana sehingga 2,000 pekerjaan baharu, sebuah kesatuan yang mewakili beberapa pekerja pembuat kereta itu mengumumkan kelmarin.

Syarikat itu juga bersetuju untuk melabur sehingga AS$1.1 bilion di kilang Windsor, selatan Ontario sebagai sebahagian daripada tentatif tiga tahun perjanjian dengan kesatuan Unifor, menurut presiden nasional kumpulan itu, Jerry Dias dalam satu kenyataan. Berdasarkan perjanjian itu, pelaburan Fiat Chrysler akan melengkapkan kilang pemasangan plug-in hybrid dan kenderaan bertenaga bateri, dengan sekurang-kurangnya satu model baharu pada tahun 2025, tambahnya.

Kira-kira 2,000 pekerjaan akan diperlukan dalam kilang Windsor pada tahun 2024, menurut kesatuan itu, yang muncul selepas kira-kira 1,500 jawatan ditiadakan awal tahun ini.

Kilang pemasangan Brampton juga akan menyaksikan pelaburan sehingga Can$50 juta, yang membolehkan model tambahan dihasilkan di sana. Kesepakatan tentatif ini berdasarkan perjanjian yang dilakukan dengan pekerja Ford di Kanada dan merangkumi kenaikan gaji 5 peratus. Unifor merancang untuk mengadakan rundingan dengan General Motors minggu depan untuk memperbaharui perjanjian mereka.

Kerajaan Perdana Menteri Justin Trudeau dan wilayah Ontario mengumumkan minggu lalu pelaburan sebanyak Can$295 juta setiap satu di sebuah kilang Ford yang disebut sebagai kilang kenderaan elektrik terbesar di Amerika Utara. – AFP