Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    FDA: Ambil 3 ujian COVID jika terdedah

    WASHINGTON, 12 OGOS – Sekiranya awda terdedah kepada COVID, ambil tiga ujian di rumah dan bukannya dua untuk memastikan awda tidak dijangkiti, menurut saranan baharu Amerika Syarikat (AS) yang keluar semalam.

    Sebelum ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan telah mengeluarkan nasihat mengambil dua ujian antigen dalam tempoh dua atau tiga hari untuk memastikan ia bukan jangkitan COVID. Namun agensi berkata kajian baharu mencadangkan protokol berkenaan boleh terlepas terlalu banyak jangkitan, dan mungkin mengakibatkan orang menyebar koronavirus kepada orang lain, terutamanya jika mereka tidak menunjukkan gejala.

    Panduan baharu itu membabitkan orang tanpa gejala yang memikirkan mereka mungkin telah terdedah. Mereka yang menunjukkan simptom boleh terus menggunakan dua ujian dalam selang masa 48 jam.

    Pengemaskinian semalam mencerminkan pemahaman mengenai ketepatan ujian antigen, yang kurang sensitif kepada ujian makmal tetapi telah menjadi kaedah ujian standard disebabkan kepantasan dan kesenangan ujian. Namun ujian hanya mengesan ciri-ciri protein, dikenali sebagai antigen, sama dengan ujian selesema, dan bukannya mengesan koronavirus.

    Pegawai kesihatan telah mengingatkan berkali-kali bahawa ujian boleh memberikan keputusan negatif palsu jika diambil terlalu awal.

    Mereka menyarankan orang tanpa gejala supaya menunggu lima hari selepas terdedah.

    Ia disebabkan antigen lazimnya mengambil beberapa hari untuk dikesan menerusi ujian dengan swab hidung. – AP

    Kotak ujian COVID BinaxNow keluaran Abbott dipamerkan bersebelahan pencuci tangan di kedai CVS di Lakewood, Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...