Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    FDAM mahu penggiat seni keluar mengundi

    Persatuan Filem Malaysia (FDAM) akan mengambil tindakan terhadap syarikat produksi dan stesen TV yang tidak membenarkan penggiat seni keluar mengundi pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

    Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, penggiat seni turut bertanggungjawab untuk keluar mengundi tanpa sebarang alasan, kekangan atau isu melibatkan kerja pada tarikh berkenaan.

    “Kami mengambil serius tentang hari mengundi ini kerana penggiat seni juga merupakan penentu masa depan negara kita. Saya mohon kepada semua syarikat produksi dan stesen TV agar menyusun semula jadual dan tarikh penggambaran yang jatuh pada hari mengundi,” katanya.

    Sementara itu, Ahmad berkata, FDAM turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatinan kerana memberi pelepasan khas pada 18 November untuk membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

    “Semestinya ada penggiat seni yang pulang mengundi di kampung. Ini akan membantu mereka merancang sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

    Ahmad turut menyeru semua penggiat seni untuk menjalankan tanggungjawab keluar mengundi Sabtu ini. – Agensi

    Mat London menggesa penggiat seni keluar mengundi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan