Federer bakal beraksi di Afrika Selatan

MELBOURNE, AUSTRALIA, 4 FEB – Roger Federer menggelengkan kepalanya dan agak malu ketika ditanya mengapa dia tidak pernah bermain tenis di Afrika Selatan sehingga kini.

Ini kerana tempat itu adalah tanah kelahiran ibunya.

“Saya tidak tahu apa yang membawa saya begitu lama, jujur saya katakan,” kata juara Grand Slam 20 kali itu.

“Saya berkata, tidak mungkin saya melakukan jelajah selama 20 tahun, saya telah menjadi pemain sebaik ini dan saya tidak pernah bermain di Afrika Selatan.

“Ia tidak bagus. Saya tidak dapat hidup dengan diri saya sekiranya itu berlaku.”

Roger Federer semasa sidang akhbar selepas kekalahannya pada separuh akhir kepada Novak Djokovic di Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, Australia baru-baru ini. -AP

Federer berusia 38 tahun berasal dari Switzerland, merancang untuk mengisi kekosongan itu pada hari Jumaat ini, ketika dia dan saingannya Rafael Nadal, dijadualkan mengadakan perlawanan istimewa di Cape Town.

“Anda tahu bagaimana keadaannya. Saya tidak boleh menjadi lebih teruja sekarang bahawa ia ternyata sesuatu yang benar-benar berlaku.

“Saya harap saya akan bermain dengan baik. Saya percaya, tetapi kita lihat saja,” jelas Federer selepas tewas di separuh akhir di Terbuka Australia, kerana kecederaan otot pangkal paha yang menyakitkan.

“Juga, Rafa sanggup melakukannya memang menarik. Semestinya, saya tahu ibu bapa saya sangat gembira dan juga sangat bangga. Saya pasti ia akan menjadi sangat istimewa bagi saya di kebanyakkan peringkat untuk bermain di sana. “

Harapannya adalah untuk menjana lebih dari AS$1 juta untuk Yayasan Roger Federer, yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak di enam negara Afrika dan Switzerland.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Janine Haendel, berkata yayasan itu telah mencapai lebih daripada satu juta kanak-kanak dalam sejarahnya.

“Ia akan menjadi detik emosi untuknya,” kata Haendel mengenai acara di Afrika Selatan, yang juga menjangkakan penampilan Bill Gates.

“Bagi dia, ini benar-benar mimpi. Sudah menjadi projek untuk beberapa lama.”

Tetapi ini bukan sekadar menaikkan atau memenangi wang tunai, kata Federer.

Dia mahu memastikan acara itu dapat disaksikan oleh penonton, sehingga 10,000 tiket disediakan dengan harga AS$11 setiap satu.

Sasaran kehadiran 50,000 penonton akan menjadi yang terbesar dalam rekod untuk perlawanan tenis. – AP