ROTTERDAM, 13 Feb – Roger Federer berkata semalam dia masih mengimpikan untuk menjulang kedudukan nombor satu dunia pada kejohanan minggu ini di Rotterdam dan menjadi pemain paling senior untuk berada di kedudukan itu.
Untuk mendapatkan semula kedudukan teratas pada usia 36 tahun, pemain dari Switzerland itu sekurang-kurangnya perlu berjaya mencapai ke perlawanan separuh akhir.
Sekiranya usahanya berhasil, dia akan berhadapan dengan rakan senegaranya Stan Wawrinka dalam perlawanan suku akhir yang sangat menonjol.
“Saya gembira untuk berada di kedudukan itu bersama siapa sahaja, namun bersama Stan, ia seolah-olah berada di pusingan akhir Grand Slam, satu perlawanan yang besar,” kata Federer, yang baharu sahaja memenangi kejuaraan Grand Slam ke-20 di Terbuka Australia.
“Saya berharap untuk mendapat tempat yang pertama dan bakal melakukannya pada minggu ini. Anda sering melakukannya dengan penuh cabaran, ia bukan mudah untuk berada di sana.
“Perlawanan itu pastinya tidak dipercayai. Ia mengujakan untuk bertemu Stan dan berhadapan dengannya selepas kembali dari menjalani pembedahan lutut pada bulan Julai lalu.”
Federer membuat keputusan akhir untuk menyertai kejohanan itu yang pernah dimenanginya pada tahun 2005 dan 2012. Selepas memenangi kejuaraan di Melbourne dua minggu yang lalu, dia telah bersedia bagi perlawanan pada minggu ini dan mempertimbangkan untuk bermain di Dubai dalam masa dua minggu.
“Saya tidak sangka untuk menjadi juara di Australia tanpa terlintas di fikiran untuk menjadi pemain nombor satu.”
“Saya langsung tidak terfikir tentang kedudukan di Melbourne dan saya sering terfikir untuk bermain di Rotterdam. Saya suka bermain dan melihat apa yang bakal terjadi selepas itu,” kata Federer. – AFP