Federer, Djokovic pamer ketajaman

CINCINNATI, 14 OGOS – Roger Federer (gambar bawah) dan Novak Djokovic dengan mudah menundukkan lawan masing-masing di WTA-ATP Cincinnati Masters hari ini, sementara Serena Williams menarik diri disebabkan masalah belakang.

Williams berharap untuk bangkit daripada masalah belakang yang memaksanya menarik diri dari final WTA di Toronto baru-baru ini, di mana dia hanya bertahan selama empat permainan sebelum menarik diri. Tetapi dia berkata belakangnya ‘belum ok’, sekali gus meragui peluangnya untuk beraksi di Terbuka AS pada 26 Ogos.

Federer, pemain pilihan ketiga, tidak terganggu ketika perlawanan terpaksa dihentikan selama sejam akibat hujan pada set kedua, menewaskan Juan Ignacia Londero dari Argentina 6-3, 6-4 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Juara bertahan, Djokovic bergelut dalam set pertama sebelum menemui rentaknya untuk menewaskan Sam Querrey 7-5, 6-1. – AFP