Federer kembali dengan menang bergaya

PERTH, Australia, 3 Jan – Roger Federer (gambar) menghasilkan aksi kembali yang menarik dalam tenis semalam dengan kemenangan mudah ke atas Dan Evans dari Great Britain dalam pertandingan Piala Hopman di Perth.

Juara dari Switzerland itu, yang tidak beraksi selama enam bulan kerana mengalami kecederaan, membantu negaranya untuk mencatatkan permainan bersih menentang pasukan Britain apabila mencatatkan kemenangan dengan hanya 61 minit dengan 6-3 6-4

Rakan sepasukan Belinda Bencic juga menewaskan Heather Watson sebelum pasangan Switzerland itu mencatatkan kemenangan dalam pertandingan bergu campuran.

Perseorangan lelaki adalah pertandingan yang pertama Federer selepas rehat setengah tahun kerana kecederaan lutut dan belakang, yang menyaksikannya keluar dari 10 pemain terbaik buat kali pertama sejak lewat 2002.

Pemain itu, 35, yang memasuki ranking 2017 di kedudukan ke-16, kedudukan paling rendah sejak 2001, mengakui dia merasa emosi dengan aksi kepulangannya ke gelanggang tetapi berkata lututnya tidak menjejaskannya sama sekali.

“Bagi perlawanan pertama, ia adalah hebat, kerana jangkaan adalah begitu rendah,” katanya.

“Selama tiga dan empat minggu sekarang saya berhenti memikirkan mengenainya (lutut). Saya tidak merasakan sebarang kesakitan. – AFP