Federer lebih berwaspada

MELBOURNE, 27 JAN – Roger Federer sudah bertemu ramai pemain ternama dunia tetapi tidak pernah bertemu lawannya di suku akhir Terbuka Australia esok, Tenny Sandgren.

Sensasi Switzerland berjaya melangkah ke suku akhir buat kali ke-15 di Melbourne Park selepas menewaskan wakil Hungary, Martin Fucsovics.

Kini Federer akan bertemu pemain menduduki ranking ke-100 dunia itu yang menewaskan pilihan ke-8, Matteo Berrettini serta pilihan ke-12, Fabio Fognini dalam laluannya ke suku akhir.

Terbuka Australia adalah antara kejuaraan utama digemari Sandgren apabila dia pernah melangkah ke suku akhir pada 2018 sebelum tewas di tangan pemain Korea Selatan, Chung Hyeon.

Federer belum pernah bertemu pemain berusia 28 tahun itu tetapi enggan memandang rendah lawannya itu dalam usahanya untuk memenangi saingan Grand Slam di Melbourne sejak 2018 dan yang ke-7 di Australia.

“Secara jujur saya tertanya-tanya mengapa rankingnya tidak lebih tinggi. Setiap kali saya melihatnya turun beraksi saya berasakan dia dapat bermain dengan baik.

“Corak permainannya juga pelbagai dan dia berhak untuk menduduki ranking lebih baik.

“Saya tidak mengikuti rapat perkembangannya. Saya masih ingat dia bertemu Chung di suku akhir sebelum ini,” katanya. – AFP

Reaksi Federer selepas memenangi pusingan ke-4 Terbuka Australia semasa menentang Marton Fucsovics. – AP