SHANGHAI, 12 Okt – Pemain legenda Switzerland, Roger Federer jauh dari permainan terbaiknya menentang Schwartzman dan seterusnya menghadapi satu lagi persaingan dari pemain kelayakan Alexandr Dolgopolov dari Ukraine.
“Perlawanan yang sukar, saya tahu ia pasti bukan perlawanan yang mudah,” kata Federer selepas menang 7-6, 6-4.
“Dia memiliki perjalanan yang hebat sejak beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini, saya merasakan dia merasa yakin, tidak menghiraukan pukulan yang terlepas.
“Tetapi saya melakukan servis dengan baik, saya mempunyai konsentrasi yang bagus, mempunyai tenaga yang baik, yang saya rasakan adalah penting di awal pertandingan.”
Dalam perlawanan lain Rafael Nadal dengan mudah menewaskan Jared Donaldson dari AS dalam tempoh 54 minit, tetapi bintang yang semakin meningkat Alexandr Zverev lebih pantas, di atas gelanggang selama 12 minit apabila Aljaz Bedene dari Britain terpaksa menarik diri kerana cedera.
Zverev, 20, pemain berbakat dari Jerman, menghadapi Juan Martin del Potro pemain pilihan ke-16 hari ini dalam satu perlawanan genting.
Pemain pilihan Nadal pula menentang Fabio Fognini dari Itali dan berkata dia berharap untuk mengekalkan kedudukan nombor satu dunia dari pesaing lama Federer pada akhir tahun ini.
“Jika ia berlaku, saya fikir ia adalah pencapaian yang penting bagi saya,” kata pemain dari Sepanyol itu, yang masih lagi segar selepas kemenangan Terbuka China di Beijing. – AFP