MELBOURNE, 27 Jan – Roger Federer mengatasi lima set sukar ketika menentang rakan senegara dari Switzerland dan rakan karibnya, Stan Wawrinka di Terbuka Australia semalam untuk menjadi finalis tertua Grand Slam dalam tempoh 43 tahun.
Juara Grand Slam 17 kali itu mengetepikan pemain nombor empat dunia 7-5, 6-3, 1-6, 4-6, 6-3 dalam masa tiga jam dan lima minit dan akan menghadapi sama ada Rafael Nadal atau Grigor Dimitrov dalam persaingan akhir pada Ahad ini.
Ia adalah pertandingan akhir keenam Federer, 35, dan pertandingan penentuan Grand Slam ke-28 pada keseluruhannya, dan meletakkan aksi kembali yang luar biasa selepas separuh masa kedua musim lalu yang terjejas akibat kecederaan lutut.
Juara Terbuka Australia empat kali itu menjadi lelaki tertua untuk mara ke final Grand Slam sejak dicatatkan oleh Ken Rosewall dari Australia (39 tahun 310 hari) pada Terbuka AS tahun 1974.
Dalam pertandingan menarik itu, Federer memenangi dua set pembukaan sebelum Wawrinka kembali memberikan saingan untuk mengheret pertandingan separuh akhir itu ke set kelima, yang menyaksikan Federer bangkit dengan ‘service break’ pada permainan keenam.

“Ya, ia kini menjadi nyata. Saya boleh bercakap mengenai beraksi dalam final buat kali pertama,” kata Federer di atas gelanggang.
“Saya sudah mengelak ‘peluru’ tersebut buat beberapa hari yang lalu, sekarang bercakap mengenai pusingan seterusnya dan pusingan selanjutnya tetapi ini adalah yang terakhir.
“Jadi saya akan melepaskannya di sini di Australia dan (walaupun) jika saya tidak dapat berjalan bagi lima bulan lagi, saya akan memberikan segala yang saya mampu.”
Wawrinka, yang menewaskan Nadal pada pertandingan akhir Terbuka Australia pada 2014, berusaha untuk mara ke final Grand Slam keempatnya dan keduanya di Melbourne. – AFP