Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer mara ke separuh akhir

    HALLE WESTFALEN, 22 Jun – Roger Federer yang beraksi di gelanggang rumput mengatasi pemain dari Australia 7-6 (7/2), 7-5 dalam peringkat suku akhir kejohanan ATP Hale hari ini.

    Pemain dari Switzerland itu beraksi dengan baik bagi memastikan dia dalam laluan merangkul gelaran ke-10 pada Ahad nanti.

    Gagal untuk merangkul gelaran di gelanggang rumput akan memberikan pesaing Rafael Nadal kembali ke kedudukan teratas.

    Set pertama diakhiri dengan tiebreaker sementara pemain dari Switzerland itu terpaksa bangkit untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung dalam masa 88 minit.

    Roger Federer meraikan kemenangannya selepas menewaskan Matthew Ebden dalam kejohanan ATP di Halle kelmarin. – AFP

    Federer berada di depan dengan pukulan belakang sekali gus menempah slot separuh akhir di mana pukulan balas Ebden tersasar.

    Ini merupakan kemenangan ke-18 di gelanggang rumput buat Federer yang kali terakhir tewas di perlawanan pembukaan di Stuttgart setahun yang lalu walaupun juara 20 kali Grand Slam menebus kekalahan dengan memenangi kejohanan Stuttgart buat pertama kali. Kini Federer perlu berusaha keras untuk memperolehi kemenangan di Halle, dan membuat persediaan terakhir Wimbledon sebelum kejohanan itu bermula pada 2 Julai nanti.

    Federer akan berdepan Denis Kudla yang menewaskan Yuchi Sugita 6-2, 7-5. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda