Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer masih berbisa

    PERTH, Australia, 29 Dis – Roger Federer memulakan musim profesionalnya yang ke-21 apabila menerajui Switzerland dalam pasukan campuran Piala Hopman bermula di Perth esok.

    Pemain dari Switzerland itu, 36, mencatatkan tahun luar biasa di mana dia mengumpulkan kejayaan ke-19, dengan gelaran Terbuka Australia yang kelima dan rekod lapan gelaran Wimbledon.

    Federer menamatkan tahun ini di kedudukan kedua dunia di belakang pesaing dari Sepanyol, Rafael Nadal, setelah bermula dengan 16, selepas tujuh gelaran musim ini, termasuk tiga kejayaan Masters di Indian Wells, Miami dan Shanghai.

    Ia adalah musim yang menarik dengan mana-mana standard, tetapi istimewa ketika Federer telah beraksi dalam tenis professional sejak 1998- -tahun apabila Bill Clinton menjadi Presiden AS, dan kejayaan James Cameron dalam ‘Titanic’ dengan 11 Oscar.

    Federer sekali lagi berganding dengan Belinda Bencic pada Piala Hopman, satu –satunya pertandingan sebelum mempertahankan gelaran Terbuka Australia milikinya pada 15 Januari.

    “Ia berbeza sepenuhnya pada kali ini,” kata Federer, yang kemunculannya pada edisi sebelumnya Piala Hopman menyusul dengan ketiadaan selama enam bulan ketika dia dalam pemulihan dari menghadapi kecederaan.

    Roger Federer dari Switzerland (kiri) dan Rafael Nadal dari Sepanyol masing-masing memegang trofi dalam kejohanan tenis Masters Shanghai yang berlangsung pada 15 Oktober 2017. – AFP

    “Saya melalui yang terbaik luar musim. Maksudnya saya memiliki luar musim yang bagus pada tahun lepas tetapi saya tidak pasti apa yang dijangka. Sekarang jangkaan itu adalah lebih tinggi tetapi pada masa yang sama saya cuba mengingatkan diri saya, “tidak memikirkan ia ada normal dan realistik untuk menumpukan perkara yang sama saya lakukan tahun ini pada 2017.”

    Federer dan Bencic bergabung buat kali pertama pada Piala Hopman tahun lepas, hanya tidak beraksi ketika membawa Switzerland ke final. Bencic tidak beraksi selama lima bulan pada tahun 2017 selepas menjalani pembedahan pergelangan.

    Tiga pertandingan yang pasti dalam peringkat round robin Piala Hopman adalah persediaan yang sempurna bagi Federer, yang juga berkembang dalam persaingan Perth dengan keluarganya menyertainya. Dia akan menentang pemain nombor lapan dunia dari AS, Jack Sock dalam kumpulannya, sementara dia akan menghadapi pemain nombor empat dunia dari Jerman, Alexcander Zverev yang beraksi dalam pasukan bertentangan dalam pertandingan itu.

    Sementara itu Federer sebagai pemain veteran jelajah, kempen Zverev menyaksikannya memenangi lima gelaran dan menjadi salah seorang dari empat lelaki untuk menewaskan pemain terhebat dari Switzerland itu pada tahun ini, di Montreal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda