Federer menang mudah

ROM, 16 Mei – Pemain nombor tiga dunia, Roger Federer mara ke pusingan ketiga WTA dan ATP Terbuka Itali hari ini selepas menang ke atas Joao Sousa 6-4,6-3.

Lawan Federer seterusnya adalah pemain pilihan ke-13 dari Croatia, Borna Coric bagi slot suku akhir.

Terdahulu aksi kembali Federer ke Terbuka Itali dijejaskan oleh hujan apabila para pegawai penganjuran terpaksa membatalkan perlawanan selepas penantian lebih daripada sembilan jam.

Penampilan terakhir Federer di Foro Italico, Rom adalah pada pusingan ketiga 2016, tewas kepada Dominic Thiem, tetapi dia terpaksa menunggu untuk memulakan perlawanan menentang Sousa disebabkan hujan dan suhu sejuk yang mana kebiasaannya cuaca cerah dan nyaman dalam tempoh ini di ibu negara Itali.

Cuaca buruk itu juga bermakna pemenang minggu lepas di Madrid, Novak Djokovic dan juara bertahan Rom, Rafael Nadal juga menyaksikan perlawanan diasak dalam jadual yang padat.

Roger Federer membalas pukulan lawannya, Sousa dalam perlawanan pusingan kedua di Rom. – AFP

Dalam acara wanita pula, pemain nombor satu dunia Naomi Osaka masih menunggu bagi memulakan perlawanannya menentang Dominika Cibulkova selepas menewaskan pemain Slovakia itu di Madrid pada pusingan pertama minggu lepas.

Federer, finalis empat kali di Rom, kembali ke Itali selepas tidak beraksi bagi musim gelanggang tanah liat selama dua tahun kerana memberikan tumpuan pada kejohanan rumput.

Bintang Swiss itu tergolong di antara berpuluh-puluh pemain yang terpaksa menunggu di dalam bilik persalinan yang penuh, sementara para penganjur mencetuskan kemarahan para penyokong dengan dasar ‘tiada pembaran semula’ selepas menggandakan harga tiket semalam, mengambil kesempatan daripada kembalinya Federer ke venue itu.

Para penganjur kemudian memberitahu pemegang tiket yang kecewa untuk kembali hari ini dengan percuma, sebelum membolehkan pembayaran semula bagi mereka yang tidak dapat hadir. – AFP