Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer menghampiri gelaran nombor 1 dunia

    ROTTERDAM, 15 Feb – Roger Federer menewaskan Ruben Bemelmans 6-1, 6-2 dalam tempoh 47 minit semalam ketika bintang Switzerland itu hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk menjadi pemain nombor satu yang tertua dalam sukan tenis.

    Pemain pilihan utama itu, 36, juara dua kali dalam kejohanan acara tertutup di Belanda, perlu mara ke separuh akhir untuk mendapatkan kembali kedudukan nombor satu dari Rafael Nadal.

    Dengan hanya dua kemenangan sahaja lagi, Federer akan menjadi pemain tertua dengan hanya tiga tahun untuk memegang kedudukan teratas dalam ranking itu.

    “Ia mengejutkan bagaimana perkara bagus berlaku hari ini.

    “Kuncinya adalah untuk bermula dengan baik dan meletakkannya di bawah tekanan.”

    “Saya mahu dia memikirkan bahawa dia perlu melakukan sesuatu yang istimewa untuk menewaskan saya. Saya telah melakukan dengan baik di sana, saya berasa bagus, berasa sihat dan yakin. Ia merupakan pusingan pertama yang hebat bagi saya,” kata Federer.

    Federer tidak memberikan peluang langsung ketika dia mendahului kedudukan 5-0, dengan menewaskan Bemelmans dalam permainan pertamanya selepas 16 minit perlawanan bermula.

    Hasilnya tidak pernah diragukan ketika Federer mendominasi dengan enam ace dan empat servis break, memenangi 21 dari 23 mata servis pertama dalam penguasaannya di perlawanan itu.

    Juara Grand Slam 20 kali itu hari ini akan menentang Philipp Kohlschreiber dari Jerman dalam pertandingan yang dikuasainya dengan kedudukan 12-0 pada pertemuan mereka.

    “Anda selalu memilih untuk menentang pemain yang permainannya anda ketahui.

    “Anda tahu gerak-gerinya, ia menarik untuk mencabar pemain seperti itu dan anda tahu apa yang akan berlaku,” kata Federer. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda