Federer nyaris dimalukan

ROM, 17 Mei – Roger Federer telah menghasilkan dua mata perlawanan menentang Borna Coric untuk mara ke suku akhir Terbuka Itali sementara juara bertahan Rafael Nadal dan pemain pilihan utama Novak Djokovic mara dengan selesa.

Federer mara dengan keputusan 2-6, 6-4, 7-6 (9/7) menewaskan pemain pilihan ke-13 Coric selepas menewaskan Joao Sousa dalam pusingan kedua, yang menyaksikan para pemain bermain dua kali selepas hujan menyebabkan perlawanan hari sebelumnya dibatalkan.

Federer, finalis Rom sebanyak empat kali, ketinggalan 0-4 sebelum tewas dalam set pertama, bangkit di set kedua dan meraih dua mata perlawanan pada tie break set ketiga.

“Jelasnya saya agak bernasib baik,” kata Federer.

“Borna mendapat pendahuluan. Terdapat detik penting di sepanjang perlawanan, set kedua dan ketiga. Nampaknya semua memihak kepada saya hari ini.”

Roger Federer membalas pukulan Borna Cedric di Terbuka Itali. Federer mara ke suku akhir dengan kemenangan tipis. – AP

Federer bakal berdepan pemain pilihan kelapan dari Greece, Stefanos Tsitsipas, yang menewaskan juara Masters Monte Carlo Fabio Fognini 6-4, 6-3.

Tsitsipas mengejutkan Federer dalam pusingan keempat Terbuka Australia pada Januari.

Nadal, sementara itu hanya tewas dua permainan sepanjang hari, mengatasi Nikoloz Basilashvili 6-1, 6-0 dalam pusingan ketiga selepas hanya melepaskan satu permainan menentang Jeremy Chardy pada pusingan kedua.

“Permainan saya semakin meningkat setiap minggu,” kata Nadal, yang akan menentang Fernando Verdasco selepas ini bagi menyasarkan gelaran pertama gelanggang tanah liat musim ini sebelum mempertahankan gelaran Terbuka Perancis. – AFP