Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer perlu berusaha keras

    HALLE WESTAFALEN, 19 Jun – Roger Federer kelmarin terbang ke Halle untuk memulakan minggu kedua berturut-turut di gelanggang rumput tetapi perlu bersaing untuk mendapatkan gelaran Jerman jika dia berkeinginan untuk memasuki Wimbledon sebagai pilihan teratas.

    Pemenang Piala Stuttgart yang memiliki sembilan gelaran di Halle telah disambut dengan kek dan majlis oleh pegawai kejohanan apabila dia dalam persediaan untuk memulakan pusingan pertama menentang Aljaz Bedene.

    Juara Grand Slam 20 kali kembali ke kedudukan teratas selepas mara ke peringkat suku akhir kejohanan Stuttgart.

    Tetapi untuk kekal berada di depan Rafael Nadal, dia perlu menjuarai Trofi Halle menurut pengiraan ATP.

    Ia tidak membimbangkan pemain dari Switzerland itu, yakin semasa beraksi selepas merangkul gelaran ke-98 dalam kariernya baru-baru ini mengatasi Milos Raonic.

    Aksi Federer semasa perlawanan akhir Piala Mercedes ATP di Stuttgart baru-baru ini. – AFP

    “Saya sentiasa teruja untuk menerima cabaran,” kata Federer.

    “Saya akan bersemangat. Saya pemegang gelaran di sini, jadi misi saya adalah untuk mempertahankan gelaran itu.

    “Ia akan membuatkan saya tidak memikirkan kedudukan nombor satu; saya berharap untuk minggu yang panjang.

    “Saya mahu memulakan blok ini dengan secepat mungkin. Tetapi saya mahu menikmati sebagai pemain nombor satu lagi. Saya tidak tahu berapa lama saya menghuni nombor itu.

    “Langkah yang terbaik adalah mempertahankan trofi dan membantu diri sendiri untuk kekal berada di kedudukan teratas. Saya melakukan double-take pagi ini apabila saya melihat kedudukan dan menyaksikan saya sendiri berada di tempat pertama.

    “Ia merupakan detik yang manis berada di kedudukan itu.”

    Kei Nishikori dari Jepun perlu berjuang menerusi tiebreaker bagi memulakan musim beraksi di atas rumput dengan memperolehi kemenangan ke atas Matthias Bachinger. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda