LONDON, 28 Jun – Dua belas bulan selepas menghentikan musimnya dalam selepas tewas di pusingan separuh akhir, Roger Federer kembali ke Wimbledon sebagai pemain pilihan untuk mencapai pecahan rekod gelaran kelapan dan menjadi juara tertua kejohanan itu.
Bintang Switzerland yang meningkat usia 36 tahun dalam bulan Ogos telah mengejutkan para pengkritik yang menggelarnya orang yang sudah dimamah usia apabila tewas di tangan Milos Raonic dalam lima set di Gelanggang Tengah tahun lepas.
Kekalahan itu memaksanya keluar daripada sebarang pertandingan sepanjang tahun disebabkan kecederaan lutut, meninggalkan kiraan Grand Slamnya pada angka 17 sejak 2012.
Setahun selepas itu, Federer bersiap sedia untuk memecahkan rekod seri tujuh gelaran Wimbledon yang dikongsinya bersama Pete Sampras dan menjadikan kiraan gelaran utamanya ke angka 19.
Dengan saingan-saingan abadinya Andy Murray dan Novak Djokovic dalam kemerosotan dan Rafael Nadal tidak pasti sama ada lututnya akan mampu bertahan dengan tekanan gelanggang-gelanggang rumput, kini Federer menjadi pilihan utama.

Federer yang memenangi gelaran Terbuka Australia kelima dalam Januari akan memasuki Wimbledon disokong dengan gelaran kesembilan di Halle.
Aksi di peringkat akhir di Halle menentang Alexander Zverev, 15 tahun lebih muda daripadanya dan seorang pemain yang dilihat sebagai pengganti semula jadinya, begitu mudah ditewaskan dalam perlawanan itu.
Seminggu sebelumnya Federer tewas di pusingan awal di Stuttgard, kekalahan seumpamanya sejak kekalahan mengejut kepada Mario Ancic di Wimbledon 2002.
Bagaimanapun, Federer percaya kekalahannya di Stuttgart tiba pada waktu yang tepat menjelang Wimbledon.
“Saya meragui diri saya sedikit, itu saya akui, kerana tewas di pusingan pertama buat pertama kali dalam 15 tahun di gelanggang rumput sering membuatkan saya gentar sedikit dan ia benar,” ujar Federer yang hanya tewas dua perlawanan sepanjang tahun ini. – AFP