Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Federer tampil buat kali terakhir sebelum bersara

    LONDON, 22 SEPT – Roger Federer mahu menutup tirai kerjayanya yang cemerlang bergandingan dengan Rafael Nadal pada Piala Laver di London pada Jumaat.

    Pemenang Grand Slam 20 kali itu mengumumkan minggu lalu dia berhasrat untuk bersara selepas kejohanan tiga hari di arena 02 London, yang bermula pada hari Jumaat.

    Federer, perlawanan kompetitif terkini terbarunya adalah kekalahan kepada Hubert Hurkacz pada suku akhir Wimbledon tahun lepas, telah bergelut de-ngan masalah lutut.

    Pemain hebat Switzerland itu mengesahkan pada Rabu bahawa perlawanan akhir kariernya yang panjang dan cemerlang itu akan berlangsung dalam acara beregu pada petang Jumaat.

    Matteo Berrettini dari Itali, pemain gantian pertama untuk kejohanan yang mempertemukan Pasukan Eropah menentang Pasukan Dunia, kemudian akan mengambil tempat Federer pada hujung minggu.

    Pemain Switzerland itu belum tahu sama ada dia akan dapat bergabung dengan Nadal tetapi berkata ia akan menjadi senario impian.

    Federer berkata dia dan Nadal, sentiasa mengekalkan rasa hormat antara satu sama lain walaupun mereka bersaing untuk merebut trofi terbesar dalam sukan itu.

    “Bagi kami juga untuk melalui kerjaya yang kami berdua miliki dan untuk tampil di sisi lain serta dapat menjalin hubungan yang baik, saya kira ia mungkin satu mesej yang bagus bukan sahaja untuk tenis malahan sukan lain dan generasi seterusnya,” katanya.

    Nadal, yang memegang rekod gelaran Grand Slam 22 kali dalam tenis lelaki, dengan Novak Djokovic, yang telah memenangi 21 kali, dan pemenang tiga kali Andy Murray semuanya sebahagian daripada enam pemain Pasukan Eropah, diketuai oleh Bjorn Borg. – AFP

    Aksi Roger Federer semesa sesi latihan menjelang kejohanan tenis Piala Laver di O2 di London, 21 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...