Federer, Williams sah sertai Terbuka Australia

MELBOURNE, 24 DIS – Roger Federer dam Serena Williams antara kemasukan yang diumumkan hari ini untuk menyertai kejohanan yang terganggu akibat koronavirus, Terbuka Australia, dengan pengarah kejohanan, Craig Tiley berjanji ‘Slam yang menyeronokkan’ selepas perancangan tergendala selama berbulan-bulan.

Kesemua pemain terhebat dunia telah membuat pendaftaran, diketuai oleh pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan Ashleigh Barty.

Namun terdapat persoalan mengenai pemain Switzerland, Federer, yang memberitahu bulan lalu bahawa dia ‘mengejar masa’ untuk kembali cergas selepas pembedahan lutut pusingan kedua.

Tetapi dia mula berlatih di Dubai dan antara pemain yang mendaftar untuk bermain di Melbourne Park selepas dia menyasarkan kejuaraan ketujuh.

Pemain bintang Amerika Syarikat, Williams, sama seperti Federer yang akan menyambut ulang tahun ke 40 tahun hadapan, turut komited ketika dia sekali lagi cuba menyamakan kedudukan dengan Margaret Court dengan memenangi Grand Slam sebanyak 24 kali.

Kejayaan terakhirnya dalam kejohanan utama adalah pada 2017 di Australia ketika sedang mengandung. – AFP