FedEx saman kerajaan AS

NEW YORK, 25 JUN – Syarikat logistik Amerika Syarikat (AS) FedEx menyaman kerajaan AS semalam, berkata sekatan Washington ke atas eksport dan import disebabkan perbalahan perniagaan yang meningkat serta sekatan memberikan ‘bebanan teruk’ kepada firma penghantaran.

Pengumuman mengenai tindakan guaman keluar tatkala Beijing dan Washington berselisih dalam perang perniagaan yang telah melihat kedua-dua pihak berbalas tarif tinggi ke atas beratus bilion eksport.

AS juga berusaha mengharam syarikat gergasi telekom China Huawei daripada pasaran AS dan mengehad keupayaannya untuk membeli teknologi AS. Satu kenyataan oleh firma serahan berkata sekatan memberikan ‘bebanan teruk ke atas FedEx untuk mengawal berjuta-juta hantaran yang menggunakan rangkaian kami setiap hari,’ atau menghadapi denda yang tinggi.

Syarikat itu berkata adalah mustahil untuk pekerja menentukan ‘asal usul dan komposisi isi kandungan semua hantaran yang dikendalinya dan sama ada mereka mematuhi undang-undang AS.’

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas China menggesa FedEx supaya memberi penjelasan tentang sebab-sebab satu bungkusan dari Huawei ke AS tidak dihantar, dalam perbalahan kedua di antara kedua-dua syarikat dalam kurang satu bulan. – AFP