Felix bantu Athletico benam Osasuna

PAMPLONA, 18 JUN – Pemain muda Portugal, Joao Felix menjaringkan dua gol ketika Atletico Madrid menempah kedudukan ke Liga Juara-Juara setelah berjaya mengalahkan Osasuna 5-0 di La Liga semalam.

Felix, 20, membuat penampilan pertamanya sejak La Liga kembali setelah ditangguhkan akibat COVID-19.

Osasuna kekal di tangga ke-11 setelah kekalahan tersebut, 10 mata dari zon penyingkiran, namun mereka masih mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Europa.

Jagoba Arrasate tanpa ketua pasukannya Oier dan Adrian Lopez yang menjaringkan gol penyamaan di Real Sociedad pada perlawanan yang lalu, di mana Real Sociedad mungkin kembali memintas kedudukan Atltetico Khamis ini dengan kemenangan di Alaves.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone membuat empat perubahan dari perlawanan Ahad lalu di Bilbao termasuk menurunkan Felix, yang menyertai kelabnya dari Benfica dengan harga 126 juta euro (AS$ 141 juta) musim panas yang lalu.

Felix akan kembali ke ibu kota Portugal pada bulan Ogos nanti ketika UEFA mengumumkan Liga Juara-Juara akan menamatkan kejohanan itu di Lisbon dengan format ‘peringkat lapan terakhir’ setelah Atletico mengalahkan juara Liverpool pada bulan Mac lalu.

Pemain pertahanan kiri, Renan Lodi, memiliki peluang terbaik di awal perlawanan, namun percubaannya itu berjaya diselamatkan penjaga gawang, Ruben Martinez.

Felix membuka jaringan pada minit ke-20 kemudian melalui hantaran kemas Lodi di bahagian kiri.

Felix menggandakan jaringannya 10 minit separuh masa kedua perlawanan dan merupakan gol kelapan dalam kempennya di semua pertandingan. Felix dikeluarkan pada minit ke-69 ketika Simeone memasukan pemain tengah Thomas Partey, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. – AFP

Reaksi penyerang Atletico Madrid, Joao Felix semasa meraikan jaringannya bersama Diego Costa di perlawanan La Liga antara Osasuna dan Atletico de Madrid di Stadium El Sadar di Pamplona semalam. – AFP