Fellaini keluar dari hospital

SHANGHAI, 14 APRIL – Bekas pemain bintang Manchester United, Marouane Fellaini telah dikeluarkan dari hospital hari ini selepas berada di hospital China selama tiga minggu kerana menerima rawatan jangkitan koronavirus, kelabnya berkata.

Pemain tengah Shandong Luneng yang berusia 32 tahun, satu-satunya pemain yang dijangkiti penyakit tersebut di Liga Super China (CSL), kini akan menjalani kuarantin selama 14 hari bagi tujuan pemantauan. Pemain kebangsaan Belgium berkata pada 22 Mac dia telah diuji positif dijangkiti virus itu, selepas kembali ke China, tetapi memberi jaminan kepada peminat bahawa dia dalam keadaan baik. Semasa di hospital di bandar Jinan, Fellaini memuat naik video dirinya di Instagram bersenam di dalam biliknya.

“Fellaini telah dinilai dan disahkan telah pulih, dan telah dibenarkan pulang hari ini,” Shandong berkata dalam kenyataan ringkas.

China, di mana tempat penularan pertama dikenal pasti pada bulan Disember, berkata mereka telah mengawal penyakit tersebut dengan menjalankan perintah berkurung tetapi kini mereka risau mengenai gelombang kedua jangkitan dari luar negara. – AFP