SYDNEY, 26 MEI – Pemerhati astronomi di kawasan Lingkaran Pasifik berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh atau digelar Supermoon dan Blood Moon yang berlaku hari ini.
Gerhana bulan pertama dalam dua tahun itu berlaku ketika ia berada paling hampir dengan Bumi, dalam apa yang dikatakan oleh ahli astronomi sebagai satu keajaiban yang berlaku hanya sekali dalam satu dekad.
Ketika langit cerah, sesiapa sahaja yang tinggal di Pasifik antara Australia dan Amerika Syarikat tengah akan dapat menyaksikan bulan yang berwarna merah dan cerah.
Waktu kemuncak kejadian tersebut berlaku antara 11:11-11:25 waktu tempatan – sehingga awal malam di Sydney dan sebelum subuh di Los Angeles – ketika Bulan sepenuhnya berada di bawah bayangan Bumi. Bulan akan menjadi gelap dan berubah menjadi merah – hasil cahaya matahari yang memancar dari permukaan bumi ke permukaan bulan.
Tidak seperti gerhana matahari, fenomena itu dapat dilihat dengan selamat oleh mata kasar.
Gerhana ini berbeza kerana berlaku semasa ‘Supermoon’ – ketika Bulan melewati hanya 360,000 kilometer (225,000 batu) dari Bumi. – AP
