Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor dipantau

    IPOH, 15 OGOS – Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

    Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Noraishah Hashim berkata pihaknya menerima maklumat bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira 7:30 hingga 8 malam Sabtu.

    “Insiden yang sama berlaku pada Jumaat… didapati anak ikan tamban juga naik dan terdampar di pantai tersebut dalam kuantiti yang kecil,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata fenomena itu menyebabkan penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan mengutip ikan bilis yang terdampar serta sudah kering di tepi pantai antara 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

    Katanya dianggarkan lebih dua kilogram ikan bilis dikutip di kawasan sepanjang 500 meter di pantai Pasir Bogak.

    Noraishah juga berkata siasatan pihaknya mendapati insiden ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai hanya berlaku di Pasir Bogak sahaja. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...