Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Feri terbakar, 73 selamat

    MANILA, 26 OGOS – Sebuah feri Filipina membawa 82 penumpang dan kru terbakar hari ini ketika ia menghampiri sebuah pelabuhan di selatan Manila, dengan sekurang-kurangnya 73 penumpangnya telah diselamatkan, kata pengawal pantai.

    Usaha-usaha mencari dan menyelamat diteruskan sehingga malam bagi penumpang dan kru M/V Asia Philippines, sebuah feri kargo dan penumpang antara pulau dari pulau berhampiran Calapan di wilayah Oriental Mindoro, menurut pengawal pantai. Seorang wanita berusia 44 tahun adalah antara yang diselamatkan dan dibawa ke hospital kerana kecederaan.

    Video dikeluarkan pengawal pantai menunjukkan api dan asap tebal hitam kelihatan dari feri yang berhampiran sebuah kapal lain kira-kira 1 kilometer jaraknya dari pelabuhan Batangas, kata pegawal pantai.

    Sebuah kapal membantu dua kapal pengawal pantai dalam usaha menyelamat, kata mereka. Punca kebakaran bagaimanapun belum diketahui. Feri tersebut boleh memuatkan kira-kira 400 penumpang, menurut pengawal pantai.

    Kemalangan kapal adalah lazim di gugusan kepulauan Filipina kerana taufan, bot yang tidak diselenggarakan dengan baik, terlebih muatan penumpang dan penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak menentu, khususnya di kawasan pedalaman. – AP

    Gambar serahan pengawal pantai menunjukkan asap kelihatan dari M/V Asia Philipines yang terbakar ketika menghampiri pelabuhan Batangas, selatan Filipina, 26 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...