Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Fernandinho tinggalkan City hujung musim

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 13 APRIL – Kapten Manchester City, Fernandinho mengejutkan pengurus pasukan tersebut, Pep Guardiola selepas kelmarin berkata dia merancang untuk meninggalkan pasukan juara England itu pada penghujung musim.

    Bekas pemain antarabangsa Brazil berusia 36 tahun itu, yang telah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai City dari Shakhtar Donetsk pada 2013, mendedahkan hasratnya semasa sidang menjelang perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara pada hari ini menentang Atletico Madrid.

    Fernandinho semasa ditanya jika sama ada dia ingin melanjutkan tempohnya di Etihad selama setahun lagi, dia menjawab, “Tidak, saya mahu bermain secara tetap. Saya akan kembali ke Brazil. Saya memutuskan keputusan tersebut bersama keluarga saya, itu yang paling penting bagi saya.”

    Guardiola, bersama pemain tengah berkenaan pada sidang akhbar tersebut, terkejut dengan pengumuman kaptennya itu.

    “Dia sangat penting. Saya akan bertanya kepadanya,” tegas pengurus Sepanyol itu.

    Guardiola berkata bahawa Fernandinho telah menjadi pemain yang luar biasa untuk Manchester City.

    “Pada akhir musim ini kami akan berbincang, mungkin perkara tersebut disebabkan keluarganya. Kami akan duduk berbincang mengenainya,” tambah pengurus pasukan tersebut.

    Fernandinho kemudiannya menggunakan media sosial untuk menjelaskan komennya itu. “Saya 100 peratus jujur dan spontan dalam menjawab soalan tersebut semasa sidang media,” tulisnya dalam catatan laman Twitternya. – AFP

    Fernandinho semasa sidang akhbar dan mengejutkan orang ramai kerana pengumumannya untuk meninggalkan pasukan tersebut. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...