Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ferran Torres damba lebih banyak gol

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Sepanyol baru-baru ini mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan Costa Rica yang ternganga dengan keputusan 7-0.

    Kemenangan Sepanyol ke atas Costa Rica adalah rekod terbesar mereka dalam Piala Dunia, dan yang terbesar dalam pertandingan itu sejak Portugal menewaskan DPR Korea dengan jaringan yang sama pada tahun 2010.

    Mengimbas kembali perlawanan pada malam itu, gol pertama telah disempurnakan oleh Dani Olmo yang dijaringkan seawal minit ke-11 perlawanan. Pasukan kendalian Luis Enrique terus mara ke hadapan dan mendominasi permainan sehingga ke tahap pasukan Costa Rica hampir tidak mampu menguasai bola.

    Sepanyol mengulangi sejarah mereka menentang Brazil pada tahun 1934 dengan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

    Pemain muda Sepanyol berusia 22 tahun, Ferran Torres yang bermain untuk pasukan gergasi Barcelona merupakan seorang pemain yang harus diberikan perhatian pada edisi Piala Dunia kali ini setelah berjaya menja-ringkan dua gol dalam masa kurang dari 30 minit.

    Kini dia merupakan pemain dengan jaringan terbanyak pada edisi Piala Dunia 2022 bersama-sama pemain lain termasuk Bukayo Saka (England), Olivier Giroud (Perancis), Mehdi Taremi (Iran) dan Enner Valencia (Ecuador).

    Persoalannya sekarang, adakah Ferran Torres boleh berjaya menjadi penjaring terbanyak bagi kejohanan kali ini? Tambahan lagi dengan perlawanan berikutnya menentang pasukan Jerman dan Jepun yang mana bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

    Aksi Ferran Torres semasa perlawanan bola sepak antara Sepanyol dan Costa Rica dalam Kumpulan E, Piala Dunia Qatar di Stadium Al Thumama, Doha, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...