Ferran Torres kini milik Barcelona

BARCELONA, 28 DIS – Barcelona telah melengkapkan pembelian pemain penyerang Sepanyol, Ferran Torres dari Manchester City, hari ini.

Kedua-dua pasukan tidak mendedahkan yuran perpindahan apabila mengumumkan Torres telah menandatangani perjanjian selama lima tahun.

Barcelona berkata Torres bakal mempunyai klausa pelepasan sebanyak AS$1.13 bilion.
Pemain berusia 21 tahun itu me-ninggalkan kelab Sepanyol, Valencia untuk menyertai City pada hujung musim 2020 dan menjaringkan 16 gol dalam 43 perlawanan di semua kejohanan.

Dia tidak beraksi sejak Oktober disebabkan oleh kecederaan kaki.

“Ferran patut berbangga atas pencapaiannya di Manchester City,” kata Txiki Begiristain, pengarah bola sepak Manchester City.

“Musim lalu dia pertama kali berada di negara baharu, tetapi dia dapat menyesuaikan diri dengan segera.

“Dia sentiasa memberikan 100 peratus, berusaha keras untuk pasukan dan menjaringkan gol yang mana membantu kami untuk memenangi trofi.” – AP