MIAMI, 2 April – Sebuah kereta Ferrari merah yang pernah dimiliki Presiden Donald Trump dilelong hari ini dan kereta berusia 10 tahun itu berjaya dijual dengan harga AS$270,000, kata pelelong.
“Versi sama dengan model ini tanpa dimiliki selebriti biasanya dijual antara AS$125,000 sehingga AS$175,000 (RM774,462) bergantung kepada perbatuan, keadaan dan peralatan tambahan,” kata jurucakap Auctions America, Amy Christie.
Namun, beliau tidak mendedahkan siapa pembelinya.

Peminat kereta dan penyokong Trump beratur untuk melihat sendiri kereta versi coupe F430 tahun 2007 itu di Fort Lauderdale, kira-kira 50 kilometer di utara Miami.
Jutawan hartanah itu membeli kereta itu ketika masih baharu untuk kegunaan peribadi dan hanya menggunakannya selama empat tahun. Beliau memandu kereta itu sejauh 3862.42 kilometer.
Baki perbatuan iaitu 9656.06 kilometer dipandu pemilik kedua dan pemilik semasa yang membeli kereta itu pada 2011, namun nama beliau turut dirahsiakan. – AFP