Ferro beri kejutan, muncul juara Terbuka Palermo

PALERMO, 10 OGOS – Pemain Perancis, Fiona Ferro telah membuat kejutan dengan mencatat kemenangan ke atas pemain pilihan keempat dari Estonia, Anett Kontaviet untuk menjuarai Terbuka Palermo Wanita, kejohanan pertama sejak koronavirus.

Pemain rangking ke-53 dunia, Ferro memenangi perlawanan dengan kiraan mata 6-2, 7-5 selepas satu jam 43 minit perlawanan, dan merupakan perlawanan keduanya menentang Kontaviet, rangking ke-22, dan peserta yang bermain di suku akhir di Terbuka Australia.

Ferro, 23, meraih WTA keduanya selepas Lausanne tahun lalu, di mana menyaksikannya memecah masuk senarai 50 teratas minggu depan.

Kontaveit telah menewaskan pemain pilihan utama dari Crotia, Petra Martic, rangking ke-15, dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu.

“Saya rasa ia merupakan perlawanan terbaik saya buat minggu ini,” kata Ferro.

“Saya tidak merasa tertekan. Ia adalah perlawanan yang sukar kerana dia bermain begitu konsisten yang tidak akan memberikan anda terlalu banyak mata.

“Tetapi saya mempunyai intensiti yang baik sepanjang perlawanan.”

Meskipun tanpa penampilan nama-nama besar, tumpuan di Palermo terarah kepada langkah kesihatan yang cukup untuk kejohanan tersebut, selamat untuk diteruskan selepas digantungkan selama lima bulan.

Seorang pemain telah disahkan positif COVID-19 semasa tiba di Sicily dan menarik diri dari kejohanan, selepas terus berada di hotel sementara menunggu keputusan.

Kawalan yang ketat dengan hanya 300 orang penonton dibenarkan ke gelanggang kejohanan, di mana pada hari kebiasaannya boleh memuatkan sehingga 1,500 penonton.

Musim ini akan diteruskan minggu hadapan dengan kejohanan WTA di Prague dan Lexington, sementara Terbuka AS bermula pada 31 Ogos.- AFP