HARBIN, China – Bandar Harbin di timur laut China yang sejuk telah menjadi tuan rumah kepada salah satu perayaan terbesar di dunia yang menampilkan ukiran ais haiwan, watak kartun dan mercu tanda terkenal.
Festival yang dirasmikan baru-baru ini dimana tahun lepas telah menarik lebih daripada satu juta pelawat, dengan mempamerkan tradisi di rantau ini melalui salji dan ukiran ais serta berenang di kolam ais di Sungai Songhua. Suhu di Harbin mencecah negatif 25 darjah Celsius (-13 darjah Fahrenheit).
Pengukir ais dan salji terbaik Harbin telah bertungkus lumus dalam sentuhan terakhir kepada ukiran mereka, yang bersumberkan daripada ketulan ais yang besar yang dibawa keluar dari sungai berhampiran untuk mengukirnya, memberusnya, dan dinyalakan dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.
Patung-patung arca terdiri daripada haiwan dan watak kartun hingga replika monumen terkenal dan landskap di dunia, serta gelongsor berukuran 340 meter (1,115 kaki) panjang dimana media kerajaan mengatakan bahawa gelongsor itu siap dibina oleh 500 orang pekerja.

Lu Fu telah membantu untuk menyiapkan sebuah istana ais gergasi di kawasan bulatan yang sibuk di Harbin, memberusnya dengan alat pencakar kecil.
“Saya berasa gembira. Terutamanya selepas selesai dibina, saya rasa begitu teruja apabila melihat dinding ais dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni dari jarak jauh,” kata Lu, yang telah membina ukiran ais selama lebih daripada 20 tahun.
“Bangunan ais menjadi kebanggaan rakyat Harbin.” – AP