Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Festival Auto Suzuki selama empat hari

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Pemilik kereta model Suzuki dari tahun 80an berpeluang mendapatkan tawaran terbesar dalam acara Suzuki Auto Fest yang dibawakan oleh Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Suzuki di Brunei Darussalam.

    Sepanjang acara empat hari bermula Khamis ini, pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun istimewa untuk alat ganti asli bagi generasi model Suzuki yang terdahulu seperti Suzuki Cultus, Suzuki Kizashi, Suzuki Samurai, Suzuki Wagon R+, Suzuki Baleno, generasi pertama Suzuki Vitara dan Swift, Suzuki Jimny dan banyak lagi.

    Manakala itu, Pusat Servis Suzuki pula akan menawarkan Klinik Perkhidmatan Pemeriksaan Visual 23 Titik secara percuma kepada mana-mana kenderaan Suzuki apabila pelanggan membuat tempahan sepanjang acara berkenaan.

    Selain itu, acara juga dimeriahkan dengan pameran koleksi kereta Suzuki pra-milik terbesar yang telah menjalani kualiti pemeriksaan 80 mata oleh pasukan juruteknik profesional Suzuki bagi memastikannya layak untuk berada di atas jalan dengan keselamatan dan kebolehpercayaan berada pada keadaan optimum.

    Untuk peminat Suzuki, barangan cenderamata Suzuki juga akan dijual semasa festival itu di samping pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang acara tersebut.

    Festival berkenaan adalah sebagai penghargaan Suzuki kepada sokongan berterusan orang ramai khususnya pelanggan dari tahun 80-an, 90-an dan terkini.

    Perhimpunan mini juga dirancang akan mengumpulkan kelab Suzuki dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara Suzuki Brunei dan ahli-ahli kelab.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...