Festival barangan antik di Istanbul

ISTANBUL – Mempelawa para pengunjung yang datang adalah timbunan surat khabar bertarikh sekitar 1800an dan juga beberapa cawan kopi berusia 300 hingga 400 tahun, bersama-sama dengan barangan-barangan purba lain yang banyak termasuk kendi, patung gangsa dan barang-barangan kaca buatan tangan serta banyak lagi.

Seorang peniaga barangan antik memberitahu dua wanita bahawa harga sepasang kasut mutiara dan bertatahkan perak hammam yang dibuat semasa zaman Uthmaniyyah adalah sekitar 900 lira Turki iaitu kira-kira AS$165. “Ini adalah keterlaluan,” kata salah seorang wanita itu, yang kemudiannya bertanya harga barangan yang lain dan dipamerkan di Muzium Tentera Laut Istanbul di kawasan Pantai Bosphorus.

Tanggapan dan anasir-anasir

Pameran yang lebih dikenali sebagai Festival Barangan Antik dan Nostalgia itu bermula pada 9 Mac lalu dan berlangsung sehingga 17 Mac ini serta mengumpulkan sehingga 25 peniaga antik tempatan negara tersebut. “Barang-barang antik ini bukan disebabkan wang tetapi semangat dan keinginan,” kata Halil Gultekin, pemilik kedai antik kepada Xinhua.

Bagi para peniaga yang menyertai festival itu, satu sasaran mereka adalah untuk menghapuskan tanggapan dan anasir-anasir yang dibuat oleh sesetengah penduduk Turki yang menganggap barangan antik adalah barangan yang mahal dan tidak ramai yang mahu membelinya, tambah Gultekin.

“Di sini, anda dapat mencari barangan yang bernilai sen atau lebih AS$35,000, tetapi keseronokan untuk membeli barangan antik adalah sama,” katanya. Piring hitam dan poskad adalah antara barangan yang boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dalam festival ini.

Piring hitam dan poskad adalah antara barangan yang boleh dibeli oleh sesiapa pun dalam festival ini. – Xinhua

Bagi para peniaga yang menyertai festival itu, satu sasaran mereka adalah untuk menghapuskan tanggapan dan anasir-anasir yang dibuat oleh sesetengah penduduk Turki di mana menganggap barangan antik adalah barangan yang mahal dan tidak ramai yang mahu membelinya. – Xinhua
Pameran yang lebih dikenali sebagai Festival Barangan Antik dan Nostalgia itu bermula pada 9 Mac lalu dan berlangsung sehingga 17 Mac ini. – Xinhua

Unik dan berharga

Manakala barangan antik yang paling mahal dalam festival ini adalah takhta semasa era Uthmaniyyah yang pernah digunakan oleh sultan dan wazir, yang bertarikh pada tahun 1700an dan kini dijual dengan harga AS$37,000.

Bagi penggemar barangan antik juga boleh menemui beberapa artifak unik yang sudah wujud pada abad ke-18 dan ke-19 dibawa dari Perancis, Britain, Jerman, Hungary dan negara-negara Eropah yang lain.

“Kita boleh sahaja mencapai dengan mudah barangan-barangan antik ini di negara-negara Eropah, terutama di Perancis, kerana di negara tersebut terlalu banyak lelongan barangan-barangan antik,” kata Gultekin, dan menambah bahawa India dan Azerbaijan baru-baru ini menjadi pasaran baharu bagi peniagaan barangan antik Turki. “Di India, kita akan dapat mencari barangan-barangan antik dengan baik dengan kehalusan pertukangan tangan yang baik,” tambahnya.

Menurut Bayram Gultekin, Presiden Yayasan Kedai Antik dan Penjual Buku Terpakai, festival tersebut telah membangkitkan keseronokan dan kegembiraan yang semakin meningkat khususnya nostalgia pada tahun-tahun yang lalu. “Orang ramai sangat berminat dengan barangan-barangan vintaj sejak kebelakangan ini seperti barangan antik dari tahun 1970an, 1980an dan 1990an,” jelasnya kepada Xinhua.

Seorang pelajar universiti berkata bahawa dia secara khusus melawat festival itu, yang telah diadakan untuk tahun yang kelima pada tahun ini hanya untuk mencari piring hitam. “Saya dapat melihat terdapat banyak piring hitam pada tahun ini dan dijual dengan harga yang sangat baik,” katanya sambil membeli tiga piring hitam yang mengandungi lagu-lagu nostalgia Turki dan bernilai 15 liras. – Xinhua