Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Belia 28 September ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Battle Pro Marketing & Management Services (Battle Pro MMS) dengan kerjasama Persatuan Belia Brunei dan disokong Jabatan Belia dan Sukan, akan menganjurkan Festival Belia ke-3 pada 28 September sehingga 1 Oktober inim di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Festival yang akan diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk belia dan seisi keluarga juga akan disokong oleh tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Ketua Pegawai Eksekutif Battle Pro MMS, Haji Syed Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah.

    Antara program yang akan diadakan ialah Klinik Al-Fatihah dan klinik menyempurnakan solat diadakan oleh Al-Huffaz Management, ceramah khas oleh Pensyarah Universiti Sultan Islam Sharif Ali disampaikan, Awang Khairul Nazif.

    Festival juga akan dimeriahkan dengan perlawanan Street Soccer dan Madness Ultimate serta satu pusingan Frisbee Street Hat.

    Selain itu, turut diadakan ialah Pertandingan Choral Speaking, e-sukan seperti FIFA 17 dan Mobile Legends.

    Ia juga turut menyediakan jualan bazar bagi gerai-gerai daripada penuntut pengajian tinggi dan PKS belia. Manakala satu cabutan bertuah juga akan diadakan pada hari terakhir yang menawarkan tiket percutian Euro Dream.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda